Setiawangsa | Platinum Walk | Wangsa Walk | Tempah Sekarang | Hubungi   HOTLINE: 013-4133343 

Perhatian kepada anda yang bakal menjadi pengantin baru tetapi anda sibuk, tidak cukup masa atau sedang kelam-kabut membuat persiapan perkahwinan anda..                          

"SUDAHKAH Anda Menghadiri Kursus Kahwin Untuk Melengkapkan Salah Satu Syarat Wajib Untuk Anda Memohon Kelulusan Perkahwinan Anda?"

 pra perkahwinan

Jangan biarkan sikap suka bertangguh dan sikap ambil mudah anda menyebabkan anda STRESS dan PENING KEPALA di kemudian hari! Menyertai Kursus Perkahwinan bukanlah susah sangat untuk anda sertai..anda boleh daftar kursus kahwin secara online sahaja di sini..

Biar saya terangkan satu-persatu tentang kursus pra perkahwinan ini kepada anda..

___________________________________________________

Daripada: Fazli (Admin & Founder KursusKahwinSite.com)

Tarikh:

PER: Ketahui prosedur dan lengkapkan kesemua dokumen-dokumen untuk memohon kelulusan pernikahan anda dengan mengikuti Kursus Kahwin sebelum anda melakukan kerja-kerja persiapan perkahwinan anda yang lain


Saudara / saudari,

Ramai bakal pengantin atau mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mendahulukan perkara-perkara lain sewaktu mereka membuat persiapan perkahwinan mereka.

Tetapi mereka lupa tentang bagaimana nak dapatkan informasi dan cara-cara yang betul untuk melengkapkan dokumen-dokumen untuk memohon kelulusan perkahwinan mereka.

Buat pengetahuan anda, Kursus Kahwin atau Kursus Perkahwinan yang dianjurkan adalah tempat yang paling baik untuk bakal pengantin untuk mengetahui prosedur atau cara-cara memohon kelulusan perkahwinan mereka di mana salah-satu modul yang disediakan adalah berkaitan tentang perkara ini.

Tindakan awal anda untuk mengetahui prosedur dan cara-cara memohon kelulusan perkahwinan serta dokumen-dokumen penting yang perlu adalah SATU LANGKAH BIJAK yang anda lakukan.

Setelah melengkapkan kesemua dokumen-dokumen penting tersebut, barulah anda boleh fokus tentang persediaan atau persiapan perkahwinan anda yang lain.

Dengan melakukan sebegini, saya jamin anda tidak akan stress atau pening kepala melaksanakan persediaan atau persiapan perkahwinan anda nanti.

Sebagai usaha membantu anda, kami telah menyediakan 3 Pusat Kursus Kahwin yang boleh membantu anda untuk mendapatkan Sijil Kursus Kahwin dengan pantas agar ianya dapat membantu usaha anda melengkapkan dokumen-dokumen permohonan kelulusan perkahwinan anda. Kami tidak mahu kerisauan tentang perkara ini mengganggu minda anda dan menjejaskan kemeriahan majlis perkahwinan anda nanti.

 ___________________________________________________________________________________

Lihat apa lagi kata salah seorang peserta kami setelah mengikuti kursus kahwin di Pusat Kursus Kahwin kami ini.. 

 kursus perkahwinan  "Saya tidak sangka yang kursus kahwin di sini begitu menyeronokkan dan tidak boring. Pada mulanya, saya ingat kursus kahwin ini membosankan tetapi penceramah-penceramah di sini begitu berpengalaman dan dapat sampaikan ilmu rumahtangga dengan cara yang ceria, mudah dan senang difahami. Pusat kursus kahwin ini pun memang selesa, luas dan banyak membantu saya dalam hal-hal dokumentasi pernikahan saya. Saya amat syorkan Pusat kursus kahwin ini kepada rakan-rakan saya yang bakal melangsungkan perkahwinan!"  - Linda

Satu lagi testimoni paling berharga yang telah diterima oleh saya..

Assalamualaikum..

Sya merupakan salah seorang peserta yg menghadiri kursus pra-perkahwinan di Mahligai Firdaus pd 3 & 4 Julai 2011 yang lepas.

Tujuan sya menghantar email ini adalah untuk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada pihak penganjur dan facilitator yang memberikan seminar pada hari tersebut iaitu :-

1) Ustazah Wan Ngah
2) Ustaz Khori
3) ustaz Allias Mutalib
4) Ustaz Abdullah Hashim
5) Haji Sani
6) Puan Nurul Huda

Sya berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri kursus pra perkahwinan ini di sini. Walaupun tempoh kursus sangat singkat, namun ianya amat berkesan di hati sya.

Saya sangat suka dengan penyampaian semua facilitator especially Puan Nurul Huda. Beliau menyampaikan tajuk "akidah & ibadah" yang mana saya merasa amat-sangat2 terkesan.

Selama ini saya selalu meninggalkan solat (memandang ringan) dek kerana sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada ruang utk melakukannya. Sya juga tidak mengenakan tudung sebelum menghadiri kursus pra perkahwinan ini.

Tetapi, setelah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Nurul, saya mula berfikir untuk berubah.Kini saya cuba utk tidak meninggalkan solat kerana saya mulai faham matlamat sebenar kita diciptakan. Sya juga sedang berusaha utk menutup aurat (yg mana sya x pernah lakukannya dulu)

Begitu juga dengan issue perkahwinan. Saya mulai faham bahawa setiap perkahwinan harus punya matlamat.Jika tidak, ianya hanya akan menambahkan lagi jumlah penceraian yang kian meningkat.

Saya amat berharap agar facilitator ini dapat dikekalkan.Terima kasih dengan sumbangan ilmu yang anda berikan.

Jika pihak Mahligai Firdaus ada menyediakan sebarang kursus yang berkaitan dengan issue Remaja Masakini, Kursus Keibubapaan & Keluarga, (yg melibatkan facilitator diatas @ selainnya)saya amat berharap agar dapat dimaklumkan. Sya ingin menghadiri kursus2 ini sebagai persediaan & juga pengisian rohani kerana tatkala sya sibok dengan urusan dunia, sya juga amat "hunger" untuk mendapatkan ilmu2 berguna seperti ini.

Terima Kasih.

Siti Saleha binti Shahran
Pengurus Akaun
Setapak

 

booking kursus kahwin

____________________________________________________________________________________


Oh ya, anda mungkin masih belum biasa dengan hal-ehwal kursus kahwin ini. Jadi, apakah informasi tentang kursus kahwin kami yang boleh membantu anda? Atau anda mungkin tertanya-tanya sebegini..


Perlukah saya dapatkan Sijil Kursus Kahwin ini untuk memohon kelulusan perkahwinan saya?

Ya, sijil kursus kahwin ini WAJIB disertakan dengan lain-lain dokumen untuk memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama.

 

Bilakah saya atau bersama pasangan saya boleh mengikuti kursus perkahwinan ini? Masanya? Dan Lokasinya?

Sebagai usaha membantu anda yang bakal menjadi pengantin, kami menganjurkan kursus kahwin ini setiap minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Untuk anda yang memilih mengikuti kursus kahwin pada hari bekerja, setiap 2 minggu, kami anjurkan kursus kahwin pada hari Rabu dan Khamis.

Kursus Kahwin Setiawangsa

 

kursus pra perkahwinan

A. Setiap hujung minggu - Sabtu dan Ahad

Sabtu: 10.00 Pagi – 6.30 Petang

Ahad: 9.00 Pagi – 1.30 Petang

B. Hari bekerja - Rabu dan Khamis

Rabu: 10.00 Pagi – 6.30 Petang

Khamis: 9.00 Pagi – 1.30 Petang

 

Untuk maklumat lokasi & peta, kemudahan dan suasana, sila klik link ini;

Ke page Kursus Kahwin Setiawangsa

 

Kursus Kahwin Platinum Walk (Sebelah KL Festival City, Danau Kota)

pra perkahwinan

A. Setiap hujung minggu - Sabtu dan Ahad

Sabtu: 2.30 Petang – 6.30 Petang

Ahad: 9.00 Pagi – 6.30 Petang

Untuk maklumat lokasi & peta, kemudahan dan suasana, sila klik link ini;

Ke page Kursus Kahwin Platinum Walk

Kursus Kahwin Berhadapan Wangsa Walk

kursus kahwin kuala lumpur

A. Setiap hujung minggu - Sabtu dan Ahad

Sabtu: 2.30 Petang – 6.45 Petang

Ahad: 9.00 Pagi – 6.45 Petang

Untuk maklumat lokasi & peta, kemudahan dan suasana, sila klik link ini;

Ke page Kursus Kahwin Wangsa Walk

 

Adakah Sijil Kursus Kahwin di tempat kami ini ianya diiktraf oleh Jabatan Agama dan di negeri mana ianya sah digunakan?

Ya, ianya diiktiraf oleh semua Jabatan Agama, JAKIM serta JAWI dan ianya sah laku digunakan di seluruh Malaysia.

jakim          jawi


Susah ke kursus kahwin ni?

Dulu-dulu mungkin susah kerana ianya dijalankan 2-3 hari dan ada yang kena tidur di Masjid serta ada temuduga. Tetapi kini tidak lagi sesusah itu. Anda cuma perlu menghadirinya selama 1 hari setengah sahaja, tiada temuduga, tiada soal-jawab atau tiada ujian.


Sijil ini ada tarikh luput ke?

Anda beruntung kerana sijil ini TIADA tarikh luput.

booking kursus kahwin



Bilakah saya boleh dapatkan sijil kursus kahwin ini?

Sijil kursus kahwin sedia diambil oleh peserta hanya selepas 3 hari sahaja. Jika anda tiada masa untuk mengambilnya, sila beritahu staff kaunter kami yang anda mahukan kami menghantarnya dengan Poslaju. Anda cuma perlu membayar caj penghantaran dan kami akan menghantarnya secepat meungkin.

Bagi anda yang amat perlukan sijil kursus kahwin dan tidak dapat menunggu selama 3 hari, anda boleh meminta borang pengesahan kursus kahwin dari kami di kaunter kami dan anda bawa sendiri borang tersebut ke JAWI keesokan harinya.


Apa yang saya perlu bawa semasa menghadiri kursus kahwin nanti?

Anda cuma perlu membawa 1 salinan (fotostat) kad pengenalan anda (dan fotostat ic pasangan jika hadir bersama pasangan).


Selesa ke tempat-tempat kursus kahwin ni?

Sehingga kini kami menyediakan tempat kursus kahwin yang selesa, berhawa dingin, ruang yang luas, dilengakapi dengan alat-alat audio-visual yang baik, ada tempat solat, ruang parking yang banyak, nak ke bank dekat dan nak shopping pun dekat.

Anda boleh lihat kesemua video dan gambar-gambar yang saya telah sediakan. Sila klik:

1. Page Kursus Kahwin Setiawangsa

2. Page Kursus Kahwin Platinum Walk

3. Page Kursus Kahwin Wangsa Walk


Ada makan dan minum ke?

Jangan risau, kami sediakan minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Takdelah anda tak bertenaga sewaktu anda mengikuti kursus kahwin ini.


Selalunya kursus-kursus memang membosankan. Betul ke begitu?

Penceramah-penceramah adalah terdiri dari penceramah-penceramah yang bertauliah, berpengalaman, pandai menyampaikan ilmu dengan pelbagai cara yang tidak membosankan, ceria anda pasti tidak membosankan dengan ilmu-ilmu rumahtangga yang akan mereka sampaikan.


Ada apa lagi yang saya boleh dapat di tempat kursus kahwin ini?

Pusat kursus kahwin kami akan membantu anda dalam penyediaan dokumen-dokumen penting termasuklah khidmat nasihat, tunjukajar yang jelas tentang prosedur, bantuan teknikal penyediaan dokumen-dokumen permohonan kelulusan nikah dengan maklumat tepat.


Jika saya tiada kenderaan sendiri atau malas nak memandu ke pusat kursus kahwin ini?

Jika anda hadapi masalah pengangkutan atau malas memandu ke pusat kursus kahwin kami, anda boleh menggunakan LRT dan turun di stesen LRT Setiawangsa. Kami akan sediakan pengangkutan secara PERCUMA dari situ ke pusat kursus kahwin kami.


Oh ya, berapakah yuran kursus kahwin ni?

Seperti yang ditetapkan oleh JAWI, yuran kursus kahwin ini cumalah RM80 seorang. Ianya amat kecil berbanding dengan khidmat kami yang ingin membantu anda melengkapkan dokumen-dokumen permohonan kelulusan perkahwinan anda termasuklah makan-minum semasa anda mengikuti kursus kahwin nanti.


Bayar di mana ye?

Untuk memudahkan urusan rekod pembayaran, anda boleh membuat pembayaran di kaunter kami sewaktu anda menghadiri kursus kahwin nanti.

Saya jamin anda akan berpushati.. kursus kahwin setiawangsa


Hmm..apa anda perlu tunggu lagi? Tempat duduk terhad, jadi BUAT TEMPAHAN sekarang, sebelum tempat duduk penuh!

Tempah atau booking tempat duduk anda sekarang!

tempah kursus kahwin


Jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan mengenai kursus kahwin ini, jangan segan-segan untuk menghubungi saya di kursuskahwinsite@gmail.com  atau SMS saya di talian 013-4133343

 

 

Fazli
Admin & Founder www.kursuskahwinsite.com

 

P.S. Rancang dan tempah tempat duduk anda lebih awal dan BUKANNYA DI SAAT-SAAT AKHIR agar anda tidak kelam-kabut dan stress kerana tempat duduk kursus kahwin sering penuh.

P.S.S. Ambil peluang sewaktu kursus kahwin untuk berbincang dengan team kami atau penceramah yang berpengalaman mengenai sebarang masalah yang bakal atau sedang anda hadapi dalam memohon kelulusan pernikahan anda.

P.S.S.S Tindakan last minute anda serta sikap suka bertangguh bakal menyusahkan diri, pasangan dan keluarga anda sendiri. ELAKKAN sikap ini yang bakal menjejaskan kemeriahan majlis bersejarah anda. TEMPAH tempat duduk anda SEKARANG!

 _____________________________________________________________________________________

 Copyrights © www.kursuskahwinsite.com 2012

 
DISCLAIMER

We make every effort to ensure that we accurately represent these products and services and their potential for income. Earning and Income statements made by our company and its customers are estimates of what we think you can possibly earn. There is no guarantee that you will make these levels of income and you accept the risk that the earnings and income statements differ by individual.

As with any business, your results may vary, and will be based on your individual capacity, business experience, expertise, and level of desire. There are no guarantees concerning the level of success you may experience. The testimonials and examples used are exceptional results, which do not apply to the average purchaser, and are not intended to represent or guarantee that anyone will achieve the same or similar results. Each individual’s success depends on his or her background, dedication, desire and motivation.

There is no assurance that examples of past earnings can be duplicated in the future. We cannot guarantee your future results and/or success. There are some unknown risks in business and on the internet that we cannot foresee which can reduce results. We are not responsible for your actions.

The use of our information, products and services should be based on your own due diligence and you agree that our company is not liable for any success or failure of your business that is directly or indirectly related to the purchase and use of our information, products and services.

 

Tempahan | Hubungi